Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 7 July 2014

Set Berpuasa yang Superbbb!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kisah benar...❤️❤️❤️

Jumaat lepas, pukul 515 pagi baru saya tersedar untuk sahur.. 
memang kelam kabut campur dengan 'blurr' sekejap memikirkan menu nak sahur. 
Nak makan nasi memang x sempat dah la, kan... 

Jadi, Menu ringkas & cepat untuk sahur susu segar + ESP + milkshake & kurma..

Alhamdulillah, saya berjaya menjalankan rutin mengepam (rutin wajib kat pejabat sekarang ni) & boleh masuk ladang kutip buah mesta & rambutan yang dah mula masak ... 

Sekarang ni memang menu sahur saya cuma minum ESP & Mealshake pun cukup memadai... 
Perfomance drink (PD) pulak memang minum dari lepas berbuka...
Badan pun rasa ringan jer...

**baru hari kesembilan puasa dah terbabas sahur, tapi Alhamdulillah, badan masih lagi segar, perut pun x berangin (saya memang ada masalah angin yang kritikal) walaupun makanan terakhir yang masuk perut pukul 8 malam tadi. Agaknya berkat pengambilan vitamin Shaklee tanpa lelah... ^_^

Set untuk berpuasa Shaklee terdiri daripada Energizing Soy Protein (ESP), Performance Drink (PD) dan Mealshakes.

ESP~~ bantu kekal bertenaga sepanjang hari. Pengambilan makanan yang berprotein tinggi dapat membantu mengurangkan rasa lapar kerana kadar penyerapan dan pencernaan lebih lama berbanding makanan yang tinggi karbohidrat.

PD~~ Bantu mencegah penyahhidratan, mengurangkan kehausan, dan melembapkan kulit untuk kelihatan muda. PD juga terbuktisecara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.

Mealshake~~menyediakan 24 vitamin, mineral dan zat perlu. Mealshake membantu membekalkan nutrisi kepada sel tubuh, kaya dengan protein ( tidak mengandungi laktosa).






Nor Hazwani binti Abdul Aziz
wanieaziz_leo@yahoo.com
SID 911454
013-9657293
COD Temerloh, Chenor

Monday, 19 May 2014

Alamat

Assalamualaikum...

Dulu alamat saya http://zawanieleo.blogspot.com

Ni alamat baru saya http://hazwaniazlia.blogspot.com

Kehamilan & makanan tambahan

Assalamualaikum semua...

Arini terpaksa post guna henpon sebab laptop inchik hubby guna bawak gi seminar.. Huhu... 

Kehamilan kali kedua ni saya memang awal2 lagi dah berjanji dengan diri sendiri nak pastikan kesihatan tip top sampai ke hari bersalin. Sebabnya taknak lagi apa yang terjadi semasa bersalinkan Amsyar berulang. Nanti saya kongsikan pengalaman bersalinkan amsyar, walaupun dah 2 tahun berlalu saya x penah lupakan kenangan itu...

Ok, back to the story...

Bila saya dapat tau saya pregnen lagi, mula2 sekali saya aim nak makan suplemen & pastikan saya sentiasa sihat & cergas. Dan, pilihan saya semestinya SHAKLEE. Bila berwassap dengan Eda & pikir punya pikir, bincang ngan inchik hubby, saya ambil keputusan untuk menjadi ahli Shaklee. Niat asal memang untuk diri sendiri & keluarga jer, bila dah jadi ahli kawan2 opis pun tumpang sekali beli suplemen.. 

Saya memang x pernah terlupa makan suplemen ni, pegi kursus, mesyuarat, lawatan ladang, semua aktiviti saya angkut. Memang tiap kali keluar opis 2 benda yang mesti saya bawak pillbox & botol air.. Alhamdulillah, berkat ketekunan  & komitmen, saya kekal cergas hingga ke akhir kehamilan. Bahkan saya mampu lagi meronda kawasan ladang ketika minggu ke 36, jalan kaki lagi tau. Bila pergi check up kak KK plak, misi selalu puji hb cantik, berat naik normal, malah menggalakkan untuk teruskan dengan suplemen shaklee, memang x bg langsung vitamin klinik.. Hehe..

Inilah set yang menjadi teman baik saya sepanjang mengandung. Sekarang ni masih lagi setia dengan semua suplemen ni, tapi ada tambahan untuk menyusu plak.. Hehe...




Nor Hazwani Abdul Aziz
SID 911454

Friday, 16 May 2014

SET BERPANTANG PILIHAN SAYA...


Assalamualaikum...

hai semua...

alhamdulillah, tamat sudah tempoh berpantang bersalin anak kedua saya..
arini dah ari yang ke 54...
kali ni saya amik cuti 60 ari jer, insyaAllah minggu depan dah mula kerja dah...

berpantang kali ni sama macam berpantang anak sulung 2 tahun lepas saya menggunakan set berpantang SHAKLEE..

set yang pertama buat saya jatuh cinta dengan SHAKLEE
memandangkan semasa bersalinkan AMSYAR saya terpaksa dibedah (LSCS) saya memang takut nak guna set bersalin yang banyak di pasaran..
Alhamdulillah, bila kawan UPM saya mencadangkan guna set shaklee yang hanya terdiri daripada vitamin semulajadi dan tidak memudaratkan ibu dan anak.

Bersama ini jugak saya kongsikan serba sedikit maklumat mengenai vitamin dalam set berpantang SHAKLEE...


VITALEA:

  • Merupakan multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia
  • pelengkap nutrisi- sebagai pelengkap pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang
  • Elemen penting kepada sel tubuh- menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon.
  • Melindungi organ-melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
B-COMPLEX



  • Mengandungi 8 komponen penting vitamin B, (termasuk 100% biotin dan asid folik) yang perlu ada pada vit b-complex untuk mendapat keseimbangan dan keberkesanan sempurna
  • melawan tekanan-memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
  • menukarkan makanan kepada tenaga- Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.
SUSTAINED RELEASE VITA C 500 MG
  • memperbaiki simptom pendarahan- kekurangan vit c adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar
  • peningkatan sistem imun-membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih bai, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.
ZINC COMPLEX
  • Mempercepatkan pemulihan luka daman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit
4 vitamin ini adalah vitamin asas dalam set berpantang, inilah 4 vitamin aal yang saya cuba semasa berpantang selepas melahirkan AMSYAR. Tetapi, ketika berpantang kali kedua ini, saya turut mengambil OSTEMATRIX, ALFAFA, dan Energizing Soy Protein (ESP).




nor hazwani bt abdul aziz
SID: 911454
013-9657293
wanieaziz_leo@yahoo.com

Monday, 28 April 2014

my second hero...

Assalamulaikum semua...

hari ni hari ke 37 berpantang di kampung...

alhamdulillah, saya selamat melahirkan seorang baby boy 3.2 kg di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh, Pahang pada 23 Mac 2014 yang lalu. Adik ni keluar selang seminggu dengan si abang jer.. senang la mama & abah nak plan celebrate besday pasni.. hehe..

si adik ni kalau ikutkan dah terlebih 4 ari dari EDD, tapi Alhamdulillah, semuanya selamat & dipermudahkan... dan yang paling penting saya dapat bersalin secara normal kali ni (VBAC). Memang rasa macam mimpi jer bila misi letakkan baby atas dada, siap cakap kat husband lg... hahaha...

ni la buah hati mama & abah yang kedua...



 ok lah, nanti2 kita kongsikan cerita lagi yer...

daaaaaa.....

XOXO...
<3 Wanie Aziz <3

Thursday, 27 February 2014

holaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Assalamualaikum semua...

Ya Allah.... dah bersawang giler blog ni...

last entry 2011, masa tu tengah pregnent berapa bulan ntah...
sekarang ni dah 2014 pun... 
anak sulung dah nak masuk 2 tahun, yang dalam perut ni dah 37 minggu dah...
 tunggu masa nak kuar join abang dia jer....

ok... 
pasni mama kena rajinkan diri untuk kembali berblog.... 
semangat baru la konon... 
hahaha...

insyaAllah, kena slow2 update, kongsi cerita yang tertangguh 2 tahun ++ ni...

semoga diberikan kekuatan & kerajinan untuk mengupdate blog selepas ini... ameen.....

Monday, 28 November 2011

~~~WHW~~~

assalamualaikum semua...

entry sedih pagi ni... 
lagi 2 ari akan bergelar bujang... huhuhu

Weekend Husband & Wife.....

inchik husben kena bertukar ke Jerantut, 
saya masih lagi jadi penunggu di Jerteh ni...

pasni weekend jer la dapat jumpak...
family pun jauh....

kalau ikutkan surat 15hb lagi kena lapor diri & mula bertugas kat sana...
tapi atas budi bicara tuan pengarah negeri, dapat jugak inchik husben tangguh sampai awal bulan 12 ni...
huhuhu...=((

semoga dikurniakan kekuatan dan tabah hadapi semuanya...
huhuhu....


semoga permohonan saya untuk bertukar akan diluluskan secepat mungkin... 
ameen....

Thursday, 24 November 2011

~~~ 23 weeks~~~

Assalamualaikum....
sekian lama menyepi, tiba2 muncul kembali....

sebenarnya terlalu banyak yang nak diceritakan, 
tapi kekuatan untuk menaip sangatlah minima...

alhamdulillah, 
setelah 3 bulan melayari bahtera rumahtangga, 
kami mendapat khabar gembira...



insyaAllah....

 22-3-2012...


semoga segalanya akan selamat.... 

ameen....




Tuesday, 11 October 2011

~~refreshment~~

Assalamualaikum..

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:- 

  1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
  2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
  3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.
  4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.
  5.  Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.
  6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
  7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
  8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
  9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
  10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Tuesday, 12 July 2011

honeymoon 3...

assalamualaikum semua....
apa khabar?
arini da hari keempat saya demam + batuk + selesema....
huhuhu...

esok inchik hubby kena gi bengkel kat Langkawi...
saya... harusla mengekor jugak... hahaha
x sanggup la nak dok kat jerteh sorang2, 4 ari plak tu... 

"sayang nak ikut abang gi LANGKAWI @ balik sik? 
bos suruh abang ikut dia gi bengkel..."


lagi mau tanya, mesti la ikut gi LANGKAWI...



percayakah anda: 
walaupun saya ni anak jati kedah, 

saya belum pernah jejak kaki ke Langkawi.... 

huhuhu
kecian kat saya kan...
nama jer anak jati, tp kedah pun x abis explore lg...
nak buek camno, 
keluarga saya bukanlah keluarga berada (tapi kami adik beradik xde yang mati kelaparan)...
lepas SPM sambung belajar kat KMPP, 
pastu UPM, 
pastu keje kat cameron highlands setahun, 
then dapat keje kat jerteh plak...
bilanya la nak explore negeri sendiri...
huhuhu...


excited plak nak gi langkawi esok.... hahaha
boleh honeymoon kali ketiga & celebrate besday kat sana... 
(biarpun besday lagi 2 minggu... hahaha)

Sunday, 10 July 2011

shoping online.... pro & kontra....

assalamualaikum semua....
apa khabar.....
saya diserang selsema + sakit tekak + sakit perut + lenguh2 badan....
huhuhu.... tiba2 jer semalam x sihat, arini bertambah x sihat....
tapi tu la, degil, hubby ajak gi klinik xnak, hubby suruh makan ubat pun xnak.... 
padan muka.... huhuhu... ^_^

saya yakin & percya kawan2 semua mesti familiar dengan shopping online, kan....
senang, menjimatkan masa & tenaga....
juz belek2 tengok mana yang berkenan, booking, bayar & dapat barang....
saya pun suka jugak, pantang nampak barang2 chumell, mula la menilik2, membelek2.... kadang2 tu sampai termimpi2.... hahahaha....

sejak setahun saya melibatkan diri dengan dunia shopping online ni, ada dua pengalaman yang kadang2 buat saya serik nak beli online....

tahun lepas saya beli detox patch dari seorang kawan, duit da bayar, 
pastu dia cakap da pos pun barang2 tu....
da sebulan, barang x sampai2.... 
bila tanya KAWAN tu, dia cakap nak check ngan courier... 
tapi sampai sekarang x dapat2.... 

bila citer kat hubby (masa tu tunang) dia da x bagi beli online da... huhuhu

tapi pompuan kan, x penah nak serik.... 

saya tergoda plak dengan inner homemade ni, junior sek saya jual.... 
dengan yakinnya, saya order la inner homemade ni.... 
prosedur dia, bayar dulu, duit masuk akaun dia baru dia jahit inner kite... 
so, saya pun transfer duit dari CIMB ke MAYBANK, guna cimbclicks... 
da seminggu dia cakap duit x masuk2 lagi.... 
saya kol hotline cimb, diorang cakap suppose duit da masuk akaun MAYBANK tu.... 
bila saya suruh dia gi check kat MAYBANK, 
dia tanya saya balik, tanggungjawab dia ke nak check duit tu.... 
masa tu saya terasa macam menyesal pun ada... 
kite da transfer masuk akaun dia pun, duit kita lesap, dia xnak tolong plak.... 

malas nak berkira sangat, saya batalkan order.... huhuhu sadis tul....T_T
kena marah ngan hubby lagi.....

TAPI....
macam yang saya cakapkan tadi la, perempuan ni, payah nak serik.... hahaha
kena marah ngan hubby pun, beli jugak.... harap2 pasni x terkena lagi la.... huhuhu

kawan2 saya ramai yang da mula berniaga online.... ada jual tudung macam ABRISYIA COLLECTION ni, ada yang jual kek lapis sarawak macam DQ KEK LAPIS.... saper yang berminat, boleh la cuba beli dengan diorang....



pashmina plain dari ABRISYIA COLLECTION







Alhamdulillah, setakat ni, saya xde masalah lagi berurusniaga dengan diorang.... 
tapi MEREKA berdua yang berkenaan tu, memang saya x nak & xkan berurusan lagi SERIK LA.... huhuhuhu.....




korang pernah terkena macam saya ke?

ceciter, ceciter.... hahaha.....

Sunday, 3 July 2011

"MODERN ROYAL FAIRY TALE"

Assalamualaikum semua....

selamat hari ahad....
selamat bulan Julai,....
Arini da 1 Syaaban pun.... 
lg sebulan da nak pose, da abis ganti ke.... hehehe...^_^


belek2 FB tadi, nampak Hatta Dolmat upload gambar baju kawen Tomok & Ayu.... 
sangat cantik...
warna feveret plak....
jeleshhhhh nya............
huhuhuhu

source from here

source from here
cantik kan.... saya suka sangat.... huhuhu



Tuesday, 28 June 2011

jom jadi kreatif....=))

assalamualaikum semua....

saya dapat ni dari emel, juz nak kongsi sama2....

Biasanya apa yang kita buat dengan kotak air minuman?  
Kalau tak buang, mesti tiup sampai kembung kotak tu dengan angin lepas tu kasi letup buat pedajal kat kawan kan .. Haha. 
Selain dua tu, korang jugak boleh guna semula kotak tu untuk tujuan hiasan. 

Jom kita try sama-sama.


Lagi gambar…


Ala-ala disko gitu.. Hehe..

sweet jer kan....

Thursday, 23 June 2011

assalamualaikum semua............

huhuhu... mud nak update blog menurun dengan jayanya....
kemalasan melampau2, biarpun banyak yang nak dikongsi bersama...

biarpun da basi, saya still nak kongsi jugak.... 
mula ngan akhir bulan 5 lepas, weekend saya memang terisi dengan penuh aktiviti....
penat memang x leh nak cakap la, manusia kan, bukannya robot... huhuhu

adik laki saya yang bongsu dapat masuk asasi uia, kena daftar 30 Mei lepas, 
da nak masuk sebulan pun dia kat sana..

disebabkan saya da janji ngan adik kalau dia dapat sambung belajar jauh dari umah, saya nak antar,
so, kena la tunaikan janji... baiknya la kakak ni....kikiki

cukup la saya sorang jer yang rasa perasaan sedih bila ari pendaftaran kat UPM diantar oleh sepupu jer, 
mak x datang, sebab masa tu ayah sakit, adik pun kecil lagi.... jadi saya xnak adik2 saya merasai perkara yang sama..  tu janji saya, insyaAllah, saya sedaya upaya akan cuba tunaikan...

so, pagi jumaat, 27 mei tu saya ngan hubby crive balik sik, kul 4 sampai umah, lepak2 borak2 ngan mak....

da ilang ckit penat, tiba2 mak cakap  
"tengok kaki mak kena kaca"

terkejut saya, "oooooooooo, patut la dari tadi lagi dok tutup ngan ken batik...." apa lagi, berbakul jugak la leteran saya kat mak.....
 " awat mak x habaq kat k.long, macam mana boleh kena, dok pi men kat mana la sampai kena kaca ni.... bla...bla... bla..." 
mak sengih macam kerang busyuk ja dengaq anak sulung dia berletiaq....

teruk jugak la mak kena kaca, kena jahit 3 jarum, 
tapi tetap semangat nak gi jalan2 kat KL & terengganu...
hahaha....

mak memang camtu, da 3 hari kena kaca baru nak gtau, tu pun tunggu kami sampai kat umah dulu....
dulu2 masa arwah ayah ada pun sama, kalau ada kematian @ sedara yang sakit,
jangan harap la nak gtau kat saya, takut anak sulung dia susah hati....
hehehe....

pagi sabtu kami gerak ke KL, penuh kete saya yang chumell macam tuan dia tu... 
seb baik la amik kete yang besaq jugak, kalau x, memang ada yang kena tinggal la... 
kitorang sampai kat umah makngah kat kajang dalam kul 6, 
lama x masuk KL, pening jugak nak cari jalan, seb baik la berjaya sampai ngan jayanya... 
tu pun puas la gaduh2 ngan hubby pasal jalan2 yang nak masuk.... hehehe 
selama ni gi KL nek bas, tiba2 bawak kete sendiri, memang failed la jalan....

ahad kat kajang, ari untuk rehat2 & cari barang keperluan untuk adik...
isnin pagi gi daftar adik, lagi sekali gaduh2 ngan hubby cari jalan ke UIA PJ... 
isy3, teruk tul wanie ni, nak pi UIA pun x reti... huhuhu....

alhamdulillah, selesai daftar semua, antaq adik gi hostel, 
jauh pulak hostel dia, kami pun jalan terkedek2 bawak barang... 
cian kat mak, da ler kaki sakit, kena jalan jauh plak.. 
dah tu, tangga hostel pun muat2 sorang nek jer.... 
sampai kat tingkat 2 ada orang tegur mak 
"antar CUCU ke?" 
mak senyum jer.... 
apa lagi, kami 4 beradik gelak x hengat la... 
mak saya yang chumel tu da nampak macam nenek orang da.... kikiki.... 
agaknya sebab orang tu tengok adik pimpin tangan mak kot, tu yang dia ingat NENEK....

settle semua, kami pun nak gerak balik jerteh.... 

terjumpak ngan urusetia pendaftaran kat lobi hostel 
"ada apa2 aktiviti lagi ke pasni?"

"xde dah, kalau PUAN nak bawak ANAK PUAN keluar makan boleh la, 
tapi kena masuk semula sebelum pukul 6 petang...."

"eh, bukan ANAK la, ni ADIK saya"

adoiiiiiiiiiiiiiii. x pasal2 ceq ni jadi mak budak plak.... huhuhu...

giliran saya plak digelakkan oleh mak, adik2 & hubby.... huhuhu....





to be continue..... hahaha.... panjangnya ceq menaip arini....




p/s:::::::::malam ni balik perlis, ayah da tepon suruh balik makan durian.... oooooo, heavennya rasa....


Wednesday, 8 June 2011

~~~ Wordless Wednesday~~~



Health - Very Very Important Tips

Answer the phone by LEFT ear.
Do not drink coffee
TWICE a day.
Do not take pills with
COOL water.
Do not have
HUGE meals after 5pm.
Reduce the amount of
OILY food you consume.
Drink more
WATER in the morning, less at night.
Keep your distance from hand phone
CHARGERS.
Do not use headphones/earphone for
LONG period of time.
Best sleeping time is from
10pm at night to 6am in the morning.
Do not lie down immediately after taking
medicine before sleeping.
When battery is down to the
LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.

Thursday, 5 May 2011

~~~ sayang isteri tinggal-tinggalkan~~~

assalamualaikum semua...

sori la... huhuhu... 
lama giler x update, kurang bersemangat la sekarang ni...
rasa macam nak jadi surirumah sepenuh masa, tapi gaji jalan... 
aci x camtu...
huhuhu...

malam ni saya keseorangan di rumah, 
hubby nak jadi bujang 1 malam... 
cian gak kat dia, da setahun da gi laut, da gian sangat2 la tu...
sementara xde anak ni, bagi la peluang kat hubby enjoy puas2...
nanti da ada anak, HARUS la xleh gi laut da... hahaha...

seb baik la ada astro ngan internet yang temankan, 
kalau x, 
mati kutu sorang2 dalam umah ni...

tadi tengah belek2 fesbuk ada opismet upload gambar hubby tgh keboringan, 
mesti tengah rendu kat saya... 
tengok gambar hubby otomatik menangis, 
ni kali ketiga kami berjauhan... 
sunyi tul umah xde kawan nak gado2... huk3...



banyak ke dapat ikan tu cayang... hehehe



sabar la hati, esok inchik hubby balik da... hohoho...

orang tua cakap, 
sayangkan isteri tinggal-tinggalkan...
baru la bertambah kasih sayang tu... 

mungkin betul jugak tu... 
tapi xnak la dok jauh sentiasa, x sanggup ceq... 
huhuhu...=((

Thursday, 14 April 2011

mata ayer....

assalamualaikum............


sape penah tengok citer lagenda "MATA AYER" kat tv3...



petang tadi balik keje awal, sempat la layan citer ni kejap kat tv...

hubby bukan men excited lg, maklum la kampung mata ayaq dia masuk tv...

siap kutuk2 kampung ceq lagi, x femes macam kampung dia...

xpa2, ceq saja bagi peluang ja inchik pishon...

nanti kalau orang mai berlakon kat sik tu jeles terguling2 plak.... huuuuuuuuuu


kalau yang x penah layan citer MATA AYER. ni sinopsis yang saya dapat dari mstar online...

kemalangan di subuh hari...

assalamualaikum semua...

arini ari khamis, abis keje awal... 3.30 petang da boleh balik... heeeeeeeee...=D

pagi tadi OTW nak gi keje ngan hubby kira2 pukul 7.45, jalan jem giler.. 
pelik gak selalunya kuar pukul 7.50 pun xde la kete berderet2 tersengguk2 atas jalan...

rupe-rupenyeeee.... 

ada excident dekat masjid al-falah, gerai..
masa kitorang lalu area tu, nampak perodua Viva putih no plat DBU XXXX remuk redam bahagian depan, lori minyak petronas terbabas masuk dalam parit, orang ramai penuh kiri kanan jalan, da macam pesta da...

saya plak, panik punya pasal, x terpikir nak amik gambar, 
padahal, fon kat tangan jer masa tu...

mau x panik, 
pusing2 tgk viva yang remuk tu nampak polis tgh angkat mayat... 
huhuhu  T_T

sampai opis sumer orang asyik bercerita pasal excident ni jer, 
mcm2 versi leh dengar...

lama gak polis & bomba amik masa nak clearkan jalan, sampai pukul 2 ptg... 
seb baik la masa balik pukul 3.30 tu semua da settle, 
lori petronas pun da berjaya diselamatkan...

semoga roh mereka dicucuri rahmat & ditempatkan ditempatkan di kalangan orang yang solehah...
al-fatihah...

ni maklumat yang saya dengar dari TV3...

sahabat2 yang saya sayangi,
hati2 di jalan raya... 
biar lambat asal selamat...
ingatlah orang yang tersayang...
sayangi nyawa kita...


huhuhu... debar x ilang lg ni, harap2 malam ni boleh tido dgn lena la...=((