Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 14 April 2011

mata ayer....

assalamualaikum............


sape penah tengok citer lagenda "MATA AYER" kat tv3...



petang tadi balik keje awal, sempat la layan citer ni kejap kat tv...

hubby bukan men excited lg, maklum la kampung mata ayaq dia masuk tv...

siap kutuk2 kampung ceq lagi, x femes macam kampung dia...

xpa2, ceq saja bagi peluang ja inchik pishon...

nanti kalau orang mai berlakon kat sik tu jeles terguling2 plak.... huuuuuuuuuu


kalau yang x penah layan citer MATA AYER. ni sinopsis yang saya dapat dari mstar online...

kemalangan di subuh hari...

assalamualaikum semua...

arini ari khamis, abis keje awal... 3.30 petang da boleh balik... heeeeeeeee...=D

pagi tadi OTW nak gi keje ngan hubby kira2 pukul 7.45, jalan jem giler.. 
pelik gak selalunya kuar pukul 7.50 pun xde la kete berderet2 tersengguk2 atas jalan...

rupe-rupenyeeee.... 

ada excident dekat masjid al-falah, gerai..
masa kitorang lalu area tu, nampak perodua Viva putih no plat DBU XXXX remuk redam bahagian depan, lori minyak petronas terbabas masuk dalam parit, orang ramai penuh kiri kanan jalan, da macam pesta da...

saya plak, panik punya pasal, x terpikir nak amik gambar, 
padahal, fon kat tangan jer masa tu...

mau x panik, 
pusing2 tgk viva yang remuk tu nampak polis tgh angkat mayat... 
huhuhu  T_T

sampai opis sumer orang asyik bercerita pasal excident ni jer, 
mcm2 versi leh dengar...

lama gak polis & bomba amik masa nak clearkan jalan, sampai pukul 2 ptg... 
seb baik la masa balik pukul 3.30 tu semua da settle, 
lori petronas pun da berjaya diselamatkan...

semoga roh mereka dicucuri rahmat & ditempatkan ditempatkan di kalangan orang yang solehah...
al-fatihah...

ni maklumat yang saya dengar dari TV3...

sahabat2 yang saya sayangi,
hati2 di jalan raya... 
biar lambat asal selamat...
ingatlah orang yang tersayang...
sayangi nyawa kita...


huhuhu... debar x ilang lg ni, harap2 malam ni boleh tido dgn lena la...=((

Sunday 10 April 2011

madu bulan......

assalamualaikum...

nothing....

juz pictures...=))



excited nak gi honeymoon...=))

jalan2 sekitar tawau
da sampai kat semporna... thanx a lot kawan2 yang membantu kami

kapalai... cantik sangat2 tempat ni... kalau yang ada lesen diving harus pegi sini, x rugi...=))


mabul island...=))

da namanya gi honeymoon, mesti la ada gambar kami yang chumel2 ni... hehehe

layan jer....


nanti saya citer serba sedikit tentang percutian kitorang ni..

Wednesday 6 April 2011

~~~6 perkara Allah sembunyikan~~~

assalamualaikum semua....=))

sedikit ilmu untuk dikongsikan...=))

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad."

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu
seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

  • Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat. 
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat. 
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam



Tuesday 5 April 2011

genap 2 bulan

assalamualaikum...

alhamdulillah...
arini 5 april 2011, genap 2 bulan saya bergelar isteri kepada inchik hubby Fahishon Abbas...


rasa macam da lama jer kawen, rupanya baru 2 bulan... hahaha
agaknya sebab kitorang sentiasa bersama, keje satu opis, dok serumah... 
semua benda buat sama2...
always together forever & ever...=))

kadang2 tu rasa macam mimpi pun ada, 
semuanya berlaku begitu pantas...
zassssss, da kawen.... hehehe
macam x puas plak jadi raja sehari..
nak patah balik ke 5 februari, xnak gerak2 ke ari lain... huhuhu

sekarang ni berdua, sangat2 berharap untuk ada pelengkap keluarga...
kitorang still berharap ada berita gembira... huhuhu
setakat ni "sahabat baik" x penah miss singgah tiap2 bulan, 
sampaikan kitorang gi honeymoon pun "dia" ikut... huhuhu... 
spoil betul.... =((



hubby suka pejam mata...huhuhu... ^_^



manja la kunun2.... ^-^
@ ladang anggur Sik

tasik beris sik

some pictures from OP kitorang tapi dia salah taip nama plak kat album
my name WANIE ---------->>> become watie... 
sangatla frust...huhuhu...=((
so, kitorang pos balik kat fit mintak dia betulkan...



~~~buat inchik fahishon cayang,
semoga ikatan perkahwinan ini akan kekal hingga ke akhir hayat kita...
semoga kita akan sentiasa bahagia bersama2, 
tabah dalam mengharungi cabaran dan dugaan yang mendatang 
dikurniakan zuriat yang soleh & solehah... =)) ~~~







(nnti saya citer pasal honeymoon plak erk, x sempat2 lagi nak update.. ni pin curi2 update, sementara hubby x start men gem.. klu hubby da pegang pc ni, sori la, xde can ceq nak online...)