Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 6 April 2011

~~~6 perkara Allah sembunyikan~~~

assalamualaikum semua....=))

sedikit ilmu untuk dikongsikan...=))

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad."

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu
seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

  • Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat. 
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat. 
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam



Tuesday, 5 April 2011

genap 2 bulan

assalamualaikum...

alhamdulillah...
arini 5 april 2011, genap 2 bulan saya bergelar isteri kepada inchik hubby Fahishon Abbas...


rasa macam da lama jer kawen, rupanya baru 2 bulan... hahaha
agaknya sebab kitorang sentiasa bersama, keje satu opis, dok serumah... 
semua benda buat sama2...
always together forever & ever...=))

kadang2 tu rasa macam mimpi pun ada, 
semuanya berlaku begitu pantas...
zassssss, da kawen.... hehehe
macam x puas plak jadi raja sehari..
nak patah balik ke 5 februari, xnak gerak2 ke ari lain... huhuhu

sekarang ni berdua, sangat2 berharap untuk ada pelengkap keluarga...
kitorang still berharap ada berita gembira... huhuhu
setakat ni "sahabat baik" x penah miss singgah tiap2 bulan, 
sampaikan kitorang gi honeymoon pun "dia" ikut... huhuhu... 
spoil betul.... =((



hubby suka pejam mata...huhuhu... ^_^



manja la kunun2.... ^-^
@ ladang anggur Sik

tasik beris sik

some pictures from OP kitorang tapi dia salah taip nama plak kat album
my name WANIE ---------->>> become watie... 
sangatla frust...huhuhu...=((
so, kitorang pos balik kat fit mintak dia betulkan...



~~~buat inchik fahishon cayang,
semoga ikatan perkahwinan ini akan kekal hingga ke akhir hayat kita...
semoga kita akan sentiasa bahagia bersama2, 
tabah dalam mengharungi cabaran dan dugaan yang mendatang 
dikurniakan zuriat yang soleh & solehah... =)) ~~~







(nnti saya citer pasal honeymoon plak erk, x sempat2 lagi nak update.. ni pin curi2 update, sementara hubby x start men gem.. klu hubby da pegang pc ni, sori la, xde can ceq nak online...)

Wednesday, 30 March 2011

sama tapi x serupa...

assalamualaikum semua....


sape kat sini yang layan citer asmara 2 kat tv3???


malam tadi selesai masak makaroni goreng ala chef wani, kitorang (hubby & I) makan depan tv, sambil layan citer Asmara 2 ni...

tiba2....

hubby:: pandai sayang berlakon erk...

saya:: hah... berlakon apa plak... sayang dok masak kat dapur jer td... (blurrrr jer....)

hubby:: tu, pandai la sayang berlakon dalam citer ni....

saya:: lorrrrrrrrrrrrrrr.....................


nak tau saper yang inchik asben cakap tu????






















ada ke patut hubby cakap muka saya sama macam dian p.ramlee...
isy3... x tercapai akal betul....

huhuhu...







tang mana la yang sama ntah... huhuhu....


masa sekolah menengah dulu ada jugak yang cakap muka saya sama macam senior...
sampaikan ada yang ingat saya adik kepada kakak senior tu...
padahal, memang trangtangtang saya ni anak sulung dalam famili...
bila da jumpak kakak tu, dia terus amik saya jadi adik angkat dia...
hehehe....

tapi sekarang kitorang da lost contact, xtau la dia dok mana sekarang....

nama kakak tu SITI MARIAM...
harap2 satu ari nanti kitorang dapat jumpak semula...


huhuhu